suatu ketika dahulu, suara dunia Islam bergema melalui suara Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat... beliau lantang melaung dan memperjuangkan hak umat Islam yang tertindas terutamanya berkenaan isu-isu rantau Teluk... suara beliau di dengari dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat, bermula dari pemimpin-pemimpin dunia hinggalah kepada jutaan warga manusia biasa di seantero dunia... tapi itu semua kisah dahulu...
sekarang, tidak nampak lagi pemimpin dunia Islam yang berwibawa, yang mampu memikul beban sebegitu besar demi memperjuangkan harapan dunia Islam keseluruhannya... Pemimpin dunia Arab yang terdiri daripada raja hasil legasi salasilah keluarga sehinggalah kepada pemimpin yang kononnya dipilih hasil amalan demokrasi, semuanya berdiam diri dan melihat sahaja penindasan yang terus menerus dilakukan ke atas umat Islam...
dan beberapa hari lalu, kecoh di seluruh dunia mengenai tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dengan lantang bertikam lidah dengan Presiden Israel di sebuah sidang di Davos... secara tiba-tiba, Erdogan dijulang bagai wira dunia Islam yang baru kerana berani menyuarakan rasa hati seluruh umat Islam kepada Presiden Israel itu... apakah Erdogan merupakan jawapan kepada persoalan yang dinanti-nantikan selama ini, yakni pemimpin yang mampu memimpin dan menyatukan dunia Islam ?? hanya Allah sahaja yang tahu kebenaran hakikat tersebut...
Palestin, merupakan isu lapuk yang acapkali mendapat tempat di pentas dunia kerana masalahnya telah sekian lama membarah, namun penyelesaian tetap tidak ada, malah lebih parah pula masalahnya... setiap kali Israel mengganas di bumi Palestin, umat Islam di seluruh dunia secara automatik akan merasa simpati... lantas pelbagai tabung derma diwujudkan untuk membantu... laungan supaya memboikot barangan Israel dan sekutu kuatnya, Amerika begitu kuat bergema... persoalannya, adakah itu sahaja kewajaran penyelesaiannya ???
cuba fikirkan mengenai beberapa perkara di bawah:

- dahulu Bangsa Palestin bersatu berjuang menentang Israel dan kini 2 kumpulan Bangsa Palestin (Hamas dan Fatah) berperang sesama sendiri untuk menentang Israel... pelik bukan ? persoalannya, bagaimana bangsa Palestin hendak menentang Israel yang satu dan penuh muslihat itu sedangkan mereka sendiri berpecah-belah dan berpuak-puak ??
- dunia memang tahu dengan kekejaman Israel yang tidak mengenal erti kemanusiaan.. sebutir peluru roket dilancar ke arah Israel, sebatalion angkatan tentera rejim Zionis akan bertindak balas menceroboh dan membunuh penduduk Palestin.. persoalannya, perlukah roket tersebut dilancarkan oleh pejuang Palestin jika natijah sebutir roket tersebut akan memberi impak besar ke atas penduduk awam Palestin ???
- ajaib sungguh kerana inilah satu-satunya isu di rantau Arab yang berperang berhabisan dahulu, kemudian jika hampir kalah, baru nak berbincang di meja rundingan.. kita tahu Israel penuh dengan muslihat, jadi kenapa perlu bermain permainan mereka ??? kita juga tahu amat mustahil untuk pejuang Palestin menang jika berperang dalam keadaan sekarang, jadi kenapa perlu ikut berperang ?? tidakkah berdamai di meja rundingan lebih baik berbanding berperang ?? rasulullah juga dulu menganjurkan perdamaian sebelum memilih jalan perang... jika kita sudah kalah di medan perang baru nak berdamai, apa faedah dan kelebihan yang kita perolehi ??
- tak mungkin umat Islam mampu mengalahkan Israel dengan kekuatan tentera sedia ada hatta seluruh dunia Arab bergabung tenaga dan tentera untuk membantu kerana diakui tentera Arab tidaklah sebijak mana.. perkara ini sudah terbukti dalam peperangan-peperangan sebelum ini yang melibatan negara Arab... persoalannya, kenapa tidak digunakan kekuatan minyak untuk mengajar Israel yang durjana ?? muslihat Israel perlu dilawan dengan muslihat juga oleh umat Islam...
bersambung kemudian....

No comments:
Post a Comment