Saturday, October 24, 2009

From Kuching to Mukah: In Memories...

perjalanan yang melelahkan, namun cukup menyenangkan jiwa... aku jauh dari kesibukan pejabat, jauh dari kacau-bilau kota... atas nama kerja, perjalanan kali ini meliputi daerah kegemaranku, Kuching dan Mukah di Sarawak... waktu siangnya, aku penuhi waktu itu dengan tuntutan kerja hakiki yang tak pernah surut menuntut kudrat dan daya usaha aku... argh, lupakan saja soal kerja buat seketika...

terima kasih pada Saiful dan Faizah yang sudi memadatkan jadual malam kami bertiga (aku, Wan & Mr Troy) di Kuching... bermula dengan aktiviti photoshoot di Waterfront Kuching pada malam Isnin.. segala teknik dan skill yang ada dikeluarkan pada malam itu... kelihatan sungguh bersemangat dan penuh keterujaan Mr Troy di kala itu.. hehehe... habis segenap pelusuk Waterfront dijelajah dan menjadi mangsa lensa kamera Mr Troy... ;)

Selasa malam, kami di Mukah.. sayangnya, tak sempat nak buat sebarang aktiviti memandangkan semuanya penat teramat sangat !! keistimewaan Mukah terletak kepada persekitarannya yang tenang dan aman damai.. ditambah plak dengan udara segar yang dihirup (Mukah terletak di tepi laut)... kata seorang penduduk Mukah, Umai di situ lebih sedap dan segar berbanding yang ada di Kuching... benarkah begitu ?? tak sempat plak nak merasa... huhuhu...

kemudiannya, di malam Rabu, kami bertiga bersama Saiful dan Faizah melepaskan gian berkaraoke... entah ceruk mana yang dijelajah, akhirnya sampai gak ke destinasi tujuan.. erm.. RM22 seorang, pada kadar itu untuk nyanyian tanpa had, ia sangat murah... aku cuba untuk berkaraoke gak walaupun keadaan seperti agak tak mengizinkan (selesema punya hal !!).. antara lagu-lagu yang berjaya dirosakkan dengan sempurna oleh aku adalah:

Peterpan - Aku & Bintang, Ikhsan - Bunga, Once - Dealova, Crossbottom - 9 Tahun, Jamal Abdillah ft Francisca Peters - Kehebatan Cinta, Achik ft Nana - Paling Comel (duet dengan Faizah), Ajai ft Krisdayanti - Hati Ini Telah Dilukai (duet dengan Faizah), Sheila On 7 - Kisah Klasik Untuk Masa Depan, Aris Ariwatan - Lamunan Terhenti..

di hari terakhir, memandangkan flight balik ke KL tengah hari nanti, sempat gak kami ke Pasar Tamu DBKU untuk borong ikan terubuk masin... selepas itu, menyinggah plak beli kek lapis... habis semua kena borong... hahaha... cuma seperkara je tak sempat nak dibuat kali nie, naik perahu menyeberang sungai sarawak itu.. hehehe... mungkin dikesempatan yang lain plak kot... insya-Allah, mudah-mudahan akan tiba kesempatan lain itu...

p/s: kredit kepada Mr Troy atas gambar-gambar yang best nie... lain-lain gambar, rujuk Facebook... ;)

regards,

6 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

best gile dpt naek kapel terbang. T__T

edan coba said...

Skemanya hayat kamu!!!
Hehehe..

Well minat karokz gak?
Nnt leh lah FIGHT!!!!
:)

mrGHA said...

saya pernah naik bas dari Miri ke Kuching.Saja nak cuba. aduhhhh penat betul...13 jam tu.

Frodo Baggins said...

phewwww ~ kumain kau lagu lebih sedozen!! kalau artis dah riban2 ni orgnizer kene bayar!!! muahahahaha ... terubuk masin mmg sesuatuh. sodaaap .. kek lapis sawak pula pelbagai corak n warna. adik aku stdy sana balik sini tulah mende alah yg beliau slu beli...


>>_______<<

Aidy Shahiezad said...

pany, best memang best... heehehe... naek belon terbang !! hehehe...

eh skema ke edan ?? hahaha... ;p

mrGHA, pergh 13 jam ?? xdapat la nk buat len kali.. hehehe...

frodo, tue kalo artis pentas... ku ini artis jalanan je, x maen riban2, maen sen2 je... huhuhu... satu lg, adik kau laki ke pompuan frodo ??? kasi introduce la kalo pompuan... hehehe.. ;p

Fieda said...

terubuk ikan masin..sungguh sedap...

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs