Friday, October 18, 2013

Korban, Berkorban @ Terkorban..

Temanya tetap satu, KORBAN.. sedar tak sedar dah dekat 2 tahun aku tak menulis kat ruangan sini.. 2 tahun kau, ingat sekejap.. tau-tau je dah genap 2 tahun.. okey aku tipu, seriously aku tak sempat kira berapa lama aku tinggalkan blog nie dulu.. haha.. tapi apa ada hal kan..

Yup, aku BERKORBAN jiwa raga penulis aku semata-mata nak concentrate pada kerja kat office dan life aku.. nafsu menulis yang berkobar-kobar tue aku terpaksa pendamkan sampai aku lupa macam mana nak start menulis balik kot (seriously, aku amek masa 18 hari untuk pikir apa yang patut aku tulis sebagai mukadimah re-opening entri nie).. gila !!

Dek sebab kerja dan life jugaklah, akhirnya blog nie TERKORBAN tanpa ada sebarang penulisan kreatif macam dulu-dulu.. okey aku tipu lagi kot.. reason utama adalah sebab aku sendiri pun macam tak berapa nak ingat yang aku ada blog sebenarnya #shorttermlostmemorybetul... now aku start jealous bila orang lain ada B-log, V-log @ S-log.. okey S-log tue aku je yang tau apa maknanya.. haha.. :P

Sempena HARI RAYA KORBAN yang baru lepas nie, hopefully aku dapat semangat baru nak menulis dan menterjemah imaginasi kreatif aku nie.. aku macam terpikir nak sambung balik siri mini-novel yang dah berkurun abad aku gantung tak bertali tue.. ada sesiapa yang sudi nak baca lagi tak agak-agaknya ?? huhu..

p/s: entri nie dihasilkan tanpa menggunakan button delete atau backspace.. kau percaya tak ?? seriously kot (okey, dah 3 kali aku sebut perkataan seriously tue, kau faham tak apa yang cuba sampaikan nie ?)

Sekian, wassalam..

Penulis Picisan,
Aidy Shahiezad

Monday, November 7, 2011

Kelahiran Dari Sebuah Hiatus Yang Melelahkan...

Ajari aku tuk bisa menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa, hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu

-----------------------------------------------------------------------------

salam kelahiran semula aku dari sebuah hiatus yang sangat panjang, yang tenyata sangat melelahkan jiwa dan raga... yeah tempoh 6 bulan itu adalah sangat panjang sekali... dan tempoh 6 bulan itulah yang menjadi saksi segala macam bentuk naik turun roda kehidupan aku... segala macam khalayak yang singgah mengisi dan mencorak perjalanan harian aku dari hari ke hari... dan di akhir hiatus itu, aku tetap masih lagi berdiri di sini... namun kali ini, jalan yang berliku itu tidak lagi ditempuh keseorangan perjalanannya... insya-Allah..

regards,

Wednesday, May 18, 2011

Salam Umrah, Salam Kemaafan...

assalamualaikum kawan-kawan sekalian..

i'll be going for umrah starting from this afternoon until end of this month..
maka, di kesempatan yang ada ini, mohon maaf di atas segala salah dan silap yang dilakukan sebelum ini.. i will praying for the best for all of you.. insya-Allah panjang umur, kita jumpa lagi..

wassalam...

p/s: semoga aku menemui apa yang aku cari-cari selama ini apabila berada di sana nanti.. mudah-mudahan...

(Aidy Shahiezad, 18 May 2011)

regards,

Tuesday, April 19, 2011

Dia Yang Melengkung Seksi Berwarna Merah Hijau..

Chapter ONE

sejak pagi subuh nan hening lagi, aku dok asyik dok mengulang dengar lagu yang satu nie.. huhu..

“cause i'm all about him him him him him and his all about me me me me me
and we don't give a dang dang dang dang dang, about nobody-e-e-e...”
(Auburn)

bila saje aku dok dengar lagu nie, tetiba aku boleh jadi senyum sendiri.. hati jadi berbunga girang.. aura catchy lagu nie tiba-tiba boleh menusuk jauh hulu hati yang terdalam tue... erk !! adakah aku dah gila ? kurang kewarasan akal barangkali... haha.. but, it’s a reality thing beb.. seriously, tak tipu... *tipu tue kan dosa, jadi buat apa aku nak mengumpul dosa lagi ? dosa yang dok ada nie pun tak clear-clear lagi stock dia nie...* huhu...

-----------------------------------------


Chapter TWO

semalam, aku keluar dengan one of my besties gie Kg Baru, hajat hati nak makan Chicken Golden Blue.. ehh ?? aku tak salah eja okey, memang menu dia spell out macam tue.. konon-konon macam Chicken Cordon Bleu yang masyhur kat Secret Recipe tue la gak... tapi rasa dia boleh tahan je kot... huhu... noktah !!

dan tika dan saat tue, aku amek kesempatan semalam untuk berterus terang dan buat pengakuan berani mati.. berani mati ke ? haha.. alhamdulillah hidup lagi aku lepas tue rupanya.. ehh.. but please respect sket kot.. kau orang ingat senang ke nak buat pengakuan berani mati nie ?? ibarat macam makan cili tau tak.. haha.. *of coz la aku amek analogi cili, since perut aku sangat tak mengemari benda melengkung seksi kaler merah hijau tue.. aku anti-cili okey !!* huhu...

-----------------------------------------

Chapter THREE

okey, kau orang tau kan yang aku pakai dua handphone ?? satu BB TORCH, dan satu lagi BB STORM.. *okey, mode bangga sekejap.. then tamat !* bila saja BB STORM aku tue berbunyi-bunyi riang menandakan ada mesej masuk, dengan kepantasan cahaya aku meluru nak baca mesej tue.. dan setiap kali pun tetap macam tue gak.. dan setiap kali gak, senyuman comel kat muka aku tue bertukar 360 darjah jadi content dan tak berperasaan... *mesej iklan Maxis lagi..* haih...

mode kecewa pada akhirnya, sebab mesej dari orang yang aku tunggu tak masuk-masuk jugak... huhu...

-----------------------------------------

p/s: i'm all about him him him him him !! haha... tak boleh bajet sungguh lagu tue... :P

regards,

Monday, February 14, 2011

Menilai Sebuah Kecenderungan Diri...


status fesbuk aku malam tadi:-

“berdasarkan teori kajian aku sendiri, kecenderungan diri aku dah byk berubah ke arah lain sejak 5 tahun yg terakhir nie... seriously !!”

apa yg korang paham di sebalik kenyataan di atas... put aside the controversial element yang mungkin ada di situ, dan adakah korang dapat tangkap sesuatu yg tersirat di sebalik sebuah kalimat pernyataan tersebut ?? haha...

dan bila orang kita mulai membicarakan sesuatu menggunakan perkataan “kecenderungan diri” dan “berubah ke arah lain”, secara automatik pemikiran cliche orang kita terus terarah ke perkara yang tak sepatutnya... adoyai... sedih plak aku... huhuhu...

tak mengapa, korang bebas menilai sendiri apa yang aku cuba nak sampaikan di situ... hehe.. :P

---------------------------------------------------------

dan dari sisi lain pula, hari nie adalah kononnya sambutan valentine’s day.. dan pada aku plak, hari ini adalah sekadar hari isnin dimana aku still cuti dengan gembiranya... itu sahaja... ada apa pada nama ?? biarlah... sekadar nak menzahirkan cinta dan kasih sayang, hari2 lain pun aku bleh buat gak... tak perlu nak tunggu spesifik hari pun... haha...

setiap tahun, skrip sama dicanang semula... pada aku, lebih banyak korang update pasal valentine’s day tue (walaupun sekadar nak menyeru supaya tak perlu disambut), maka lebih banyak orang terdedah dan terjebak dalam sambutan valentine’s day tue sendiri.... tak percaya ?? korang lihat saja sekeliling korang siang nanti... sebab ini memang penyakit masyarakat kita sejak dulu... lagi ditegah, lagi dibuat kan... hehe...

Penulis:- tak semestinya apa yang korang pikirkan tue adalah sebenarnya benda yang aku nak sampaikan... kan ?? hehe... neway, salam sambutan Maulidur Rasul hari Selasa nie.. :)

regards,

Monday, January 10, 2011

Ini Bukan Kisah Perihal AJL25...


aku bajet semua entry hari nie akan bercerita tentang perihal AJL25 semalam... nyata sekali, pelbagai reaksi yang keluar lantaran daripada keputusan semalam.. namun, apa ada hal dengan aku ?? walau siapa pun yang menang dan terbaik, bukan aku pun yang dapat ganjaran wang tunai kemenangan tue kan... jangan biarkan AJL25 seakan-akan menjadi isu negara plak walhal masih ada 1001 permasalahan lain yang lebih penting sekarang nie... :-p

okey, tutup cerita AJL25 dan jom buka cerita aku dan karaoke.. sabtu lepas, aku berkaraoke.. maka, apa yang hebatnya jika aku berkaraoke pun ?? yerp, aku tahu bahawa suara aku memang tak sedap.. kalau korang tak percaya, boleh check video kat bawah nie.. pada yang dah tengok atau dengar, seriously tak sedap kan ?? kan ?? hehehe...



tapi, secara tak sengaja sebenarnya, aku dah pun buat kerja gila masa hari tue.. dalam satu hari tue saja, aku dah karaoke dua kali.. sesi pertama bertempat di RedBox Sogo, aku start jam 11 pagi sampai jam 2 petang bersama geng-geng UTM dulu.. sesi kedua plak mengambil lokasi Neway Cheras Plaza, bermula jam 11 malam sehingga 4 pagi !! kali nie karaoke bersama dengan kawan-kawan baru (1st day jumpa, dah bleh karaoke sampai 5 jam.. kalau dah lama jumpa, apa jadi agak-agaknya ek ?? huhuhu)... sedar tak sedar sebenarnya tue... hahaha...

dan sampai sekarang, aku terasa lemah-lemah tenaga badan dan sengal-sengal tulang.. hurm.. kalaulah aku nie ultraman, confirm para raksasa dah boleh take over dunia nie dengan selambanya.. hehehe... ada sesiapa dari korang yang berkualifikasi mengurut badan tak ?? amat memerlukannya saat nie... huhuhu...

Penulis:- salam kenalan dan terima kasih untuk kawan-kawan baru aku malam sabtu lepas, Hariz dan Kimie... pasnie, boleh buat lagi.. ahaha...

regards,

Monday, January 3, 2011

Politikus Larut dalam Karut !!!


hanya kerana sebuah jawatan, kita saling bercakaran...
hanya kerana sebuah pangkat, kita saling momok-momokan antara satu sama lain...
hanya kerana sebuah kuasa, kita saling memusuhi...
dan pada akhirnya nanti, musang licik juga yang mendapat manfaatnya...

orang kita, kalau bab politik, dialah jaguh...
orang kita, kalau bab kambus-mengambus, dialah heronya...
orang kita, kalau bab sandiwara drama swasta, dialah drama queennya...
dan pada akhirnya nanti, ‘bukan orang kita’ juga yang mendapat manfaatnya...

jika dikatakan buta sejarah, semua dok claim depa pejuang sejarah bangsa...
jika dikatakan bodoh pengetahuan, bukan calang-calang manusia yang berbuat bodoh ini...
jika dikatakan lembap sensitiviti, dia meledak pulak bila dicanangkan sebagai racist !!
dan pada akhirnya nanti, sebuah sandiwara baru muncul menutup kebodohan diri sendiri...

kesimpulan yang satu, yang punya profesion hebat-hebat ini semua belajar sekadar mengejar segulung kertas tanpa belajar apa-apa dalam otak mereka...

kesimpulan yang variasi, yang declare mereka pejuang bangsa ini semua hipokrit belaka demi sebuah perjuangan survival politik diri sendiri sahaja...

kesimpulan yang warna-warni, yang namanya rakyat biasa kini tak punya suara luar biasa bagi menterjemahkan perasaan hati lagi...

dan pada akhirnya nanti, siapa yang untung besar ??
dan siapa yang akan menanggung bahana akibat tergadai 'helaian pakaian yang terakhir' nanti ?? haih... pikir-pikirkanlah bersama...

--------------------------------------------

“aku tak pernah kesah sama ada kau pendokong bulan BIRU atau HIJAU atau MERAH sekalipun.. tapi, sia-sialah kau jadi lawyer, arkitek, doktor, hatta teknorat sekalipun jika acapkali memperlihatkan tindak-tanduk kayak orang gasar !! layakkah kau dihormati rakyat kebanyakan ??! politik itu semakin larut dalam karut.. aku benci politikus rakus !!..”

(Aidy Shahiezad, 2011)

--------------------------------------------

Penulis:- aku tidaklah meminta komen berkoyan.. cukup sekadar menge”like” entry ini jika kau setuju dengan aku... --> Belia.Benci.Politikus

regards,

Sunday, December 12, 2010

Nafsu Yang Menghilang...


jangan salah paham, nafsu yang SATU tue tetap ada, tak pernah hilang.. cuma aku belum kawen, jadi tak dapat nak praktikkan ikut syariat agama.. yang tak ikut syariat agama plak ??

erk !! no komen please...
(sambil buat lagak selamba artis claywood – merujuk “Kuala Lumpur + wood”)

kebelakangan ini, nafsu jari aku kaku.. jadi, tiada rasa jiwa untuk menaip, jauh sekali untuk menulis.. jika pena itu punya hati, haruslah dia merajuk manja dengan aku... nasiblah tak begitu..

tak hanya itu, untuk membaca pun, aku perlu pikir tujuh lapan kali dulu sebelum buat... puas sudah hati aku memujuk rayu supaya aku rajin membaca, namun nafsu juga yang menang akhirnya... kalau hati itu boleh berkata-kata, mahulah dia resign tak tahan dengan kemenangan nafsu malas yang menjadi-jadi ini..

okey, cukup sampai di sini...
mahu komen, silakan.... tak mahu pun tak ada salahnya....
wallahualam...

Aidy Shahiezad:- entri semakin kurang gaya, mutu dan keunggulannya.. sedang berkira-kira untuk tutup sahaja blog yang satu ini... hurm...

regards,

Sunday, December 5, 2010

Merah Sang Dal Alif Rho Kha...


1. jumaat lalu, diarahkan secara paksa rela oleh doktor untuk memberikan sampel darah..

2. bukan setitik dua, tapi penuh satu acuan picagari berukuran sederhana besar !! cuma sedikit kecil dari ukur saiz acuan terpanjang yang ada pada diri aku selama ini... adeh..

3. demi melihatkan wajah aku yang agak menggelinjang kaget, sang doktor bertanya, “takut aaa ??”

4. dengan riak yang cuak, aku membalas, “doc, i’m not really bother about this tiny needle.. but, what’s really bother me most right now is looking at my own blood !!”

5. sepantas kilat, sang doktor tue tergelak !! haih..

6. dan seperti yang aku jangka, episod selepas itu hanyalah mengulangi episod yang berlaku sebagaimana tiga tahun lepas.. aku terus demam sampai sekarang !!

7. okay, sekarang aku mengalah... aku mengaku yang aku sememangnya tak boleh tengok darah aku sendiri dalam kuantiti yang banyak... nasib baik aku tak pengsan terus..

------------------------------------------------

Aidy Shahiezad:- bayangkan jika aku seorang superhero yang jadi pujaan khalayak, haruslah indeks kemachoan aku merudum jatuh dek kerna kelemahan yang satu nie.. huhuhu...

regards,

Thursday, December 2, 2010

Inginku Terbatas Dek Sebuah Ranjang !!


Ingin berkongsi rasa ria, namun jari jemari tak mampu menari bebas riang atas papan kekunci plastik nie... ingin bersuara rasa rindu, namun hati tak cukup tega berteriak yakin bangga... ingin juga, meluang sedikit masa yang masih bersisa, namun tenaga dalaman seperti tak membenarkan barang sedikit dua ia luak [ultraman juga punya had tenaga dalaman tertentu, inikan pula aku yang hanya lelaki biasa]... ingin rasanya mencurah kongsi jalan pikiran seperti lazimnya, namun tarikan empuk sebentang ranjang yang mengujakan setiap malam acapkali menganggu gugat niat dan hasrat...

Untuk seketika, aku urungi hasrat, aku tangguhkan niat..

Aidy Shahiezad:- inginku terbatas seketika sehingga tiba saat seorang datang dengan sebuah pernyataan hasrat inginkan aku... :P

Nota Kaki Khas:- buktikan sokongan terhadap penulisan karya kreatif dengan berkongsi buah fikiran korang dalam ruangan komen... tanpanya, idea aku sering tertuntas dan barangkali syok sendiri... :)

regards,

Sunday, November 28, 2010

Sebelum Terlewat .::. [Chapter 4 - Kepada Hati Itu]


Chapter 4: Kepada Hati Itu

Part I

Deru angin berhembus lembut ketika itu. Budi membuka matanya dan menarik nafas panjang. Dia mendepakan kedua tangannya sambil menikmati dan menghirup udara segar laut di hadapannya.

“Budi !!!”, suara meneriak namanya sayup-sayup kedengaran di sebalik bunyi ombak yang kuat menderu.

Dia menoleh. Sesusuk tubuh anak kecil berlari-lari anak sambil melambai-lambai ke arahnya. Dia tersenyum.

“Budi....”, anak kecil itu memanggil namanya lagi saat menghampiri Budi. Tercungap-cungap nafasnya ketika itu.

“kenapa berlari tak cukup tanah nie ??”, soal Budi.

“tengok nie.. cantik tak ??”, soal anak kecil itu manja. Tangannya menunjukkan kulit cengkerang berwarna putih kepada Budi.

Budi hanya sekadar mengangguk.

“nie untuk Budi...”, tangannya mengunjukkan kulit cengkerang dan diletakkan di atas tapak tangan Budi.

“terima kasih sayang..”, ucap Budi lantas mengucup dahi anak kecil itu.

Anak kecil itu tersengih manja. Kemudiannya, dia berlari menuju ke arah air laut yang memancar-mancar kejernihannya dek sinaran sang matahari terik.

“jom main air..”, ajak anak kecil itu sambil melambai-lambaikan tangannya.

Budi sekadar mengangguk, membalas dengan sebuah senyuman. Fikirannya menerawang jauh ke laut lepas.

“Budi !!!”, kedengaran suara anak kecil itu berteriak...

“Budi !!!...”

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

“Budi !! Budi !!..”, namanya diteriak lagi.

Terasa pipinya seperti ditampar-tampar lembut. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Matanya meliar memandang sekeliling. Tiada lagi kelibat anak kecil itu atau deru ombak menemaninya saat itu.

“dah sedar pun... are you okay Budi ??”, soal Farah kepadanya.

Budi sekadar mengangguk lemah. Kepalanya terasa berdenyut-denyut ketika itu. Dia cuba untuk bangun sambil dibantu oleh Aidil dan Kiki.

“apa dah jadi bro ?”, soal Aidil pula.

Budi menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

“okay ke tak nie ??”, soal Razif pula.

“okay.. aku rasa okey sikit dah..”, balas Budi ringkas.

“korang pergi hantar Budi balik dulu.. lain kali je kita sambung practice kita...”, arah Farah kepada yang lain.

Masing-masing mengangguk setuju.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Usai dihantar pulang oleh Aidil dan Kiki tengah hari tadi, Budi terus merebahkan tubuhnya di katil. Sedar tak sedar, dia terlelap terus. Menjelang senja barulah dia terjaga.

Setelah mandi, barulah badannya terasa segar sedikit. Budi menoleh sekeliling, kelibat Amar tidak dilihatnya langsung.

“mungkin dia keluar kot..”, fikir Budi lagi.

Dia hanya menghabiskan hari itu dengan menonton televisyen sahaja.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Part II

Hari itu, Budi tidak mempunyai apa-apa aktiviti luar. Untuk mengelakkan kebosanan, dia mencapai notebook, lantas terus menghidupkannya. Setelah notebook dihidupkan, dia membuka Yahoo Messenger miliknya.

Selesai login, tertera senarai rakan-rakannya yang saat itu sedang online. Matanya memerhatikan satu persatu senarai tersebut dan terhenti pada satu nama.

Budi lantas mengklik nama tersebut dan paparan skrin mesej keluar selang beberapa saat kemudian.

“assalamualaikum ??”
BUZZ..

Budi sabar menanti jawapan balas. Sambil itu, dia melayari beberapa laman web lain.

Lima minit berlalu dan masih tiada sebarang jawapan balas. Dia menyabarkan hatinya dan terus menyambung melayari laman web lagi.

Lima belas minit terus berlalu. Masih tidak berbalas. Riak muka Budi sedikit menunjukkan rasa hampa. Dia menghela nafas panjang. Skrin Yahoo Messenger tersebut ditutup.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Malam itu, Amar mengajak Budi untuk makan malam di sebuah restoran Tom Yam. Hati Budi agak panas apabila dipaksa memandu sehingga ke Bangi semata-mata untuk makan Tom Yam. Baginya, di sekitar rumah mereka pun ada banyak restoran sebegitu.

Namun, Amar beria-ia mengajaknya makan di situ juga atas alasan masakan di situ yang sedap. Budi sekadar menurut sahaja kemahuan teman serumahnya itu walaupun dia merasakan sedikit tidak puas hati.

Sesampainya di situ dan memarkir kereta Savvy miliknya di tempat yang dikhaskan oleh restoran tersebut, mereka terus memilih untuk duduk di meja yang berhampiran dengan hiasan kolam air buatan. Kolam air tersebut dipenuhi dengan ikan-ikan kecil berwarna-warni, yang kelihatan bebas berenang-renang mengelilingi kolam itu.

Tidak sampai 5 minit mereka memesan set makanan, pelayan tersebut datang kembali ke meja mereka.

“maafkan saya.. boleh saya tahu siapa encik Budi ??”, soal pelayan tersebut lembut.

“saya.. kenapa ye ??”, soal Budi kehairanan. Fikirnya ketika itu, bagaimana pula pelayan restoran tersebut tahu akan namanya.

“owh.. ada pesanan untuk encik Budi..”, balas pelayan itu sambil menitipkan sekeping kertas kecil yang dilipat ke atas meja Budi.

Budi mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut. Setelah pelayan tersebut beredar dari meja mereka, barulah dia mengambil dan membuka kertas kecil tersebut.

Selesai membaca pesanan tersebut, wajahnya sedikit berubah kemerahan. Dia menoleh ke arah suatu sudut di dalam restoran tersebut.

“sekejap lagi aku datang balik...”, ujar Budi lantas bingkas bangun menuju ke sebuah meja yang berada di sudut hujung restoran tersebut.

Mata Amar hanya mengekori arah yang dituju oleh Budi saat itu. Kelihatan Budi duduk di sebuah meja yang ketika itu terdapat seorang lelaki berusia 50-an di situ.

“Budi apa khabar ??”, lelaki tersebut bertanya sebaik Budi duduk di hadapannya.

“macam biasa je..”, jawab Budi acuh tak acuh.

“Datuk nie mengekor saya ke ??”, soal Budi semacam tak berpuas hati.

“salahkah kalau nak jumpa Budi sekejap ??”, soal lelaki tua itu kembali.

“tak ada salahnya pun... tapi, saya takut saya banyak mengambil masa Datuk pulak...”, sindir Budi tajam.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.

“masa untuk Budi sentiasa ada, cuma Budi je yang tak mengizinkannya...”, balas lelaki tua itu lagi.

Budi lantas merenung tajam ke arah lelaki tua tersebut. Lelaki tua tersebut hanya senyum sinis.

“dengar kata Budi pengsan tempoh hari... Budi sakit ke ??”, soal lelaki tua itu cuba mengendur suasana ketika itu.

Budi menggelengkan kepalanya. Hatinya tertanya-tanya bagaimana lelaki tua itu tahu akan kejadian tempoh hari.

“saya okey je... macam biasa...”, ringkas jawapan Budi lantas bangun untuk meninggalkan meja tersebut.

“Datuk Faisal... i’m appreciate your concern about me... tapi, rasanya tak perlulah sampai pasang spy atau mengekor saya ke sana-sini okey... harap Datuk paham...”, bisik Budi di telinga lelaki tersebut. Kata-katanya, walaupun masih lembut, namun nada-nada ketidakpuasan hatinya tetap ditekankan di situ.

“assalamualaikum...”, ujar Budi, langsung meninggalkan lelaki tua yang bergelar Datuk untuk kembali ke meja Amar.

Sekembalinya Budi di meja mereka, Amar melihat kelibat lelaki tadi bangun dan beredar keluar.

“siapa tue Budi ??”, soal Amar ingin tahu.

“ahh.. abaikan jelah... bukan sesapa pun...”, jawab Budi selamba.

“dah-dah tue, jom makan... aku lapar nie...”, sambung Budi lagi.

Amar hanya mengangguk. Namun, fikirannya ligat memikirkan tentang lelaki tadi dan hubungannya dengan Budi, teman serumahnya.

“eh Budi, aku nak pergi toilet sekejap okey...”, Amar mencari helah dan bingkas bangun.

Budi mengangguk tanpa memandang ke arah Amar. Ketika itu, dia leka menghirup kuah Tom Yam yang masih panas.

Amar bergegas ke arah kawasan parkir kereta. Matanya menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari kelibat lelaki tadi. Di sudut kawasan parkir kereta itu, dia nampak kelibat seorang lelaki berjalan menuju ke arah sebuah kereta hitam.

Amar berlari pantas untuk memintas lelaki tersebut dan lantas memegang bahunya dari belakang.

“maaf encik... saya nak tanya sikit...”, ujar Amar dari belakang lelaki tadi.

(kembali bersambung jika permintaan berterusan..)

Aidy Shahiezad:- maaflah sebab dah 3 minggu tak update kisah novel nie... dan sekarang, aku update panjang sket dari kebiasaannya... semoga korang enjoy k....

regards,

Saturday, November 27, 2010

Abstrak Liar Sebuah Perjudian..


acapkali hati tertanya, apa yang salah kali ini ??
minda separa sedar menerawang manja penuh persoalan, besar sangatkah dosa ??
benak jiwa gundah gulana terfikir seketika, apakah tak cukup layak aku seadanya ??

terasa diri terbiar hina berteka-teki sendiri..
dan terasa terkontang-kanting menyoal tapi tak pernah berjawapan... haih...

inilah rencah aneka rasa dari sisi sebuah kehidupan...
yang terkadang perlu contengan abstrak liar demi manfaat sebuah keseronokan...
kompleks, namun tetap ia sebuah perjudian maha agung untuk mencorak sebuah perjalanan....

perjudian... sigh..
sebuah kalimat yang tak pernah ada penghujung kepuasannya...

-------------------------------------------------

Aidy Shahiezad:- yang terlarang itu tetap sahaja godaan terindah dalam sisi kehidupan...

regards,

Thursday, November 18, 2010

Di Sebalik Sebuah Emansipasi Diri..


pertama kali aku tau kewujudan perkataan emansipasi dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Inggeris adalah bila mana si Mariah Carey pinjam sekejap perkataan tue untuk tajuk album dia, The Emancipation of Mimi... sebelum tue, sumpah aku tak pernah amek tau pun... al-maklum, perbendaharaan kata Inggeris aku adalah terbatas... ahaha...

okay, lupakan pasal Mariah Carey tue dulu sebab nie blog aku dan bukannya blog dia... kalau kau nak tau pasal Mariah Carey tue sangat, kau gie la kat website dia je... fair and square kan ?? huhuhu..

------------------------------------

Lurus

dalam menelusuri kehidupan seharian, aku mengaku yang aku cukup lurus... bukan lurus yang straight tue, tapi lurus yang bendul tue la... erkkk !! ehhh sekejap... sekejap... tapi, bukan la bermakna aku tak lurus plak kalau yang bab straight tue... haih... dah berbelit-belit dah kenyataan aku nie... hohoho... tapi siyesly, playing straight (lurus bendul) is simple and safe... cuma, bila mana kita lurus, dia datang sekali dengan pakej skema... betul kan ?? kan ??

Bengkok

cukup tak seronok sebenarnya, bila diri kita terkait sebagai skema.. aku ingat lagi, bila mana ada sorang blogger misteri bernama Jane (bila sebut nama kau, terus aku teringat akan hutang entry aku kat kau tue... hahaha..) pernah kata yang aku nie skema.. haih... tak bestnya la bunyinya... huhuhu... kalau ikutkan, imej lurus + skema tue dah lama aku cuba kikis sebenarnya... cuma tinggal saki-baki je lagi tue... tue pun orang still kata skema... adehh... i guess, playing bent is not enough kot... hohoho...

Simpang-Siur

bila mana kita cuba lari dari kenyataan lurus + skema secara total, nescaya ia akan bercampur-baur menjadi rojak.. hahaha... tapi, percaya atau tak, bila banyak simpang yang bersiur dalam meniti kehidupan seharian, hidup ini terasa seperti lebih kompleks... dan sebuah kehidupan yang kompleks, pastilah akan lebih banyak mencetuskan tragedi dan konflik yang kita sendiri tak terjangka..

being in complex degree of life is just making us more complicated to be understand by others, and also not to mention, it’s not safe at all... but, i like it so much !! kerana ia menandakan sebuah emansipasi kehidupan dari sisi yang berbeza dari sebelumnya... hahaha...

aiyark !! adakah aku telah menjadi mangsa sebuah kehidupan kompleks aku sendiri ??

------------------------------------

Aidy Shahiezad:- sesuatu yang indah itu adalah mimpi nyata kita untuk terus bertahan dari sebuah kehidupan yang pelbagai darjah kompleksnya....

regards,

Wednesday, November 10, 2010

Ramah 'Ramas' Mesra Hati...

(ini bukan pic dalam kapal perang, tapi kapal terbang !!)

ini kesah semalam... aku cuba nak memecahkan buku Guinness ‘Kuala Lumpur’ Records dengan terus-terusan mengorder set Spicy Chicken McDeluxe untuk malam kedua berturut-turutnya. Tatkala berada kat kaunter order tue, sambil buat berpikir-pikir nak order apa malam tue, boleh plak gadis kaunter tue buat lawak bodoh sekejap dengan soklan macam nie,

“abang nak order apa ?? roti canai set besar, set kecik semua ada...”, gadis tue mengoffer dengan confident.

“ehhh... mcD ade menu baru ek ???", tanya aku lungu.. dia gelak kecik plak... hampeh, sah aku kena main....

Aku pun sekadar order set Spicy Chicken McDeluxe jelah.. bagi korang yang sememangnya tahu sejak azali bahawa aku tak makan pedas, jangan terkejut plak ek... ini cubaan bunuh diri sebenarnya... huhuhu....

tika aku nak blah dari kaunter tue, gadis tue cakap lagi,

“next time, kita akan keluarkan menu roti canai tue ek... time tue abang boleh order...”

wahhh... apakah ini cubaan beramah ‘ramas’ mesra dengan hati suci murni aku plak ?? sorry dik, tak makanlah cubaan murahan macam nie.. hohoho...

finally, aku jawab..

“adik, abang tak makan roti-roti macam tue... abang makan roti berkualiti je....”, dan terus aku blah dengan sepantas kilat sabung menyabung... kau bajet kau comel ek ?? amek kau... hahaha....

Aidy Shahiezad:- terasa macam nak turun karaoke jumaat nie.. ade sesapa yang berminat ?? bolehlah nyanyi lagu Ghazal Untuk Rabiah sesama nanti... huhuhu...

regards,

Sunday, November 7, 2010

Sebelum Terlewat .::. [Chapter 3 - Silap Langkah]


Chapter 3: Silap Langkah

“Gulp...”, dia berulang kali menelan air liurnya. Adrenalinnya yang mengalir pantas menghujam jantungnya cuba ditenangkan.

“err... Liya...”, Budi cuba bersuara.

“kenapa ?? kau takut ??”, Liya seakan mengejek.

Jarinya semakin ligat menari-nari di bahu Budi saat itu.

“err... kau nak buat apa sebenarnya nie ??”, soal Budi meminta kepastian.

Malam kala itu seakan tidak terasa kedinginannya lagi. Jernih-jernih halus peluh mula membasahi muka Budi.

“kau rasa ??”, Liya menyoal balas. Soalan balas yang seakan-akan cuba bermain teka-teki.

“aaa... aaa.. aku tak boleh la Liya... aku tak boleh...”, Budi cuba menepis jari-jari halus Liya daripada terus melingkari tubuhnya.

“kenapa tak boleh ?? aku tak cukup bagus untuk kau ??”, Liya menyoal lagi dengan nada yang sedikit mengejek.

“sebab aku... sebab... aku.. aku...”, suara Budi tergagap-gagap, seolah-olah ada batu besar yang tersekat di tengah saluran kerongkongnya.

“sebab apa ?!”, sergah Liya dengan nada yang sedikit keras.

“sebab aku tak mampu !!”, demikian jawapan yang terpacul keluar dari mulut Budi saat disergah suara keras Liya.

“kau gay ??”, Liya ketawa mengejek.

“ehh.. bukan.. bukan !!!”, sanggah Budi pantas.

“yelah tue... now I know...”, Liya semakin galak ketawa dengan sinis.

“don’t worry... I won’t tell others...”, Liya membisik perlahan ke telinga Budi sambil mula mengatur melangkah meninggalkan Budi yang agak keliru ketika itu.

Budi terduduk di muka pintu. Seluruh badannya basah oleh peluh yang mengalir sedari tadi lagi.

Di saat itu, temah serumahnya muncul keluar dari pintu lif yang bertentangan dengan rumah mereka.

Demi melihat keadaan Budi ketika itu, Amar terus meluru mendapatkan temannya itu.

“kenapa nie Budi ??”, soal Amar sambil dia cuba membangunkan Budi.

“err... takde papelah..”, Budi cuba untuk menyembunyikan apa yang berlaku sebentar tadi.

“abes yang basah segala bagai nie apa bendanya ?? kau nampak hantu ek ??”, soal Amar. Sempat lagi dia mengusik temannya itu.

“dah la.. aku gie mandi dulu..”, Budi cuba mematikan perbualannya dengan harapan Amar tidak bertanyakan apa-apa lagi mengenai kejadian tadi.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Selesai mandi, Budi sekadar menyantaikan diri di atas sofa sambil menonton televisyen. Habis semua channel yang ada ditukar silih berganti olehnya, namun tiada satu pun yang menarik minatnya untuk menonton.

Ketika itu, Amar datang ke ruang tamu tersebut dan mengunjukkan segelas mug berisi milo panas kepada Budi.

“ceritalah apa yang dah jadi tadi.. aku nampak Liya masa nak naik lif tadi..”

“tak mahulah...”, balas Budi ringkas.

“ala kau nie.. ceritalah kat aku, bukan luak pun air liur kau tue setakat cerita kat aku nie... please...”, Amar memujuk Budi lagi.

Budi menghela nafas panjang saat itu.

“tapi, kau mesti janji dengan aku.. kau jangan gelak lepas aku cerita nanti..”, ujar Budi.

“okey, okey... promise !!”, balas Amar pantas sambil tersengih girang.

Budi pun menceritakan sedari awal apa yang berlaku tadi. Amar dengan khusyuk mendengar sahaja cerita Budi saat itu.

Usai mendengar cerita Budi, Amar tergelak besar.

“oit.. kan kau dah janji tak gelak tadi...”, protes Budi akan tindakan Amar kala itu.

“ala... sorry weyh, sorry sangat... aku tak boleh nak tahan... kelakar sangatlah...”, jawab Amar sambil cuba untuk mengawal gelaknya.

“abes tue, kau mengakulah kat si Liya tue yang kau gay ??”, soal Amar. Dia gelak lagi.

“woi... kau gila ke ?? mana ada aku cakap aku gay la bodoh...”, marah Budi. Dia mengetap-ngetapkan giginya sambil mengawal amarahnya.

“okey, okey... kalau kau tak cakap pun, aku sure dia dah ingat kau macam tue...”, terang Amar lagi.

“consider problem darah gemuruh kau dengan perempuan yang tak sudah-sudah tue, aku gerenti dia memang dah anggap kau laki macam tue... kan ??”, sambung Amar menyimpulkan konklusi ketika itu.

“ehh... kau jangan macam-macam...”, Budi cuba untuk menidakkan kesimpulan yang dibuat temannya itu.

“alang-alang dia dah anggap macam tue, apa kata kau jadi jelah macam apa yang dia anggap tue... kan senang...”, selamba Amar mengusulkan.

Budi mengerling tajam ke arah Amar. Amar hanya tersengih mengejek.

“kau pun dah memang cukup ciri-ciri nak jadi macam...”

Bukkk !!!

Belum sempat Amar menghabiskan percakapannya, sebuah bantal kecil melayang, tepat mengenai mukanya.

“weyh !! apa nie ??”, protes Amar.

“kau jangan nak mengada-ngada okey...”, jawab Budi. Tona mukanya kelihatan merah kala itu.

Budi mengangkat kaki, lantas melangkah laju menuju ke biliknya.

“dah la.. aku ngantuk, nak tido...”, pantas Budi mematikan bicara.

Amar masih tergelak kecil melihat telatah temannya saat itu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Hari itu hari minggu. Pagi itu, Budi bersiap awal kerana dia mempunyai latihan rutin persembahan bersama-sama beberapa orang rakannya. Latihan ini adalah rutin hari minggunya di kolej.

Saat menjejak kakinya melangkah masuk ke dalam studio latihan, kelihatan Aidil dan Kiki telah sedia sampai. Masing-masing sedang berbual kosong sambil menantikan kehadiran teman-teman yang lain.

Tidak lama kemudian, Razif dan Farah pula tiba bersama-sama. Budi sekadar menjeling ke arah Farah yang baru tiba itu. Farah yang menyedari jelingan tajam Budi saat itu hanya mendiamkan diri.

“okey guys.. jom mulakan latihan...”, teriak Aidil.

Semua mengambil tempat masing-masing ketika itu. Aidil bersama gitar bassnya, Kiki bersama keyboard, Razif di posisi drum dan Farah sebagai penyanyi vokal. Budi pula bertindak selaku pemain gitar lead dan turut memainkan peranan penyanyi vokal juga.

“kita mulakan dengan lagu Pujaanku, okey ??”, usul Budi sambil membetulkan tali gitarnya.

Masing-masing mengangguk setuju. Perlahan-lahan, muzik mula dimainkan.

Andaikan malam tiada pernah kan berakhir
Setiap ku bersamamu mungkin tak berhujung
Betapa rindu ini tak pernah mati
Kekasih hatiku hanyalah engkau

Saat mulut manismu memanggil namaku
Hatiku pun bergetar bagai terserang rindu
Betapa aku menyanjungi dirimu
Buta mata dan hati untuk yang lain

Memetik gitar menyanyi syair yang tulus
Persembahan kalbuku
Nantikan dikau di tidur lelapku
Pujaanku

Burung berkicau tanda setia pada pagi
Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi
Jantungku kau mintapun kan ku berikan
Betapa dalamnya cinta untukmu

Farah dan Budi cuba membawakan lagu tersebut dengan sepenuh penghayatan mungkin. Ketika irama lagu mula memasuki frasa rangkap ulangan, pandangan mata Budi menjadi sedikit kabur dan perlahan-lahan gelap. Dia cuba untuk bertahan, namun gagal.

Budi rebah secara mengejut !!

(bersambung lagi jika ada permintaan)

Aidy Shahiezad:- aku tak pasti, adakah korang mampu menerima jalan cerita sebegini ?? tapi, aku tetap nekad untuk gamble !! uhuks...

regards,

Wednesday, November 3, 2010

Metafora Sang Ikan !!


status Yahoo Messenger (YM) aku hari nie,

“ikan, kalau dah lama-lama sangat dibela dalam akuarium jadi tak sedap nak dimakan... so, kena la selalu cari stok ikan baru yang lebih segar..”

adakah aku bercerita tentang anak ikan ??
atau mungkinkah aku sekadar meminjamkan metafora ikan sebagai galang-ganti kaitan dalam kehidupan ?? haih.. kesian sungguh pada ikan yang tak bersalah di situ...



kenapa mesti ikan ?? dan bukan ayam, itik, atau arnab yang dijadikan perumpamaan ?? seriously, aku sendiri pun takde jawapan konkrit tentang itu... naluri hati aku kuat menjustifikasi bahawa penggunaan metafora ikan di situ adalah lebih tepat... ahaha...

dah menjadi resam dunia kot, bila kita memilih ikan kat pasar, mesti kena belek-belek, kena tunjal-tunjal sket ikan tue dulu semata-mata nak check isi dalam dia, then barulah boleh decide sama ada nak beli ke tak ikan tue... kan ?? kan ??

jadi, ikan tak bolehlah complaint lebih-lebih lepas nie sebab dah memang sejak azali teradaptasi cara yang sebegitu... bila masih elok dan segar, dijaga dan disimpan sebaiknya... bila mana busuk dan menjengkelkan, boleh campak terus ke dalam tong sampah !! hehehe...

-------------------------------------------------

Aidy Shahiezad:- metafora ikan ini sekadar metafora ringan-ringan sahaja... andai ada yang terasa, telan saja air liur sendiri okey... ahaks..

regards,

Thursday, October 28, 2010

Orang Lain Punya Lagi BESAR...


aku baru saja meluangkan masa hampir lewat empat (4) jam membaca siri penulisan novel secara online milik karya seseorang di luar sana... agak memenatkan tulang belakang aku dan meletihkan bebola mata berkaca aku nie...

lima puluh lima (55) chapter, meliputi seratus sembilan belas (119) muka surat bila di convert masuk dalam version microsoft word tue, kau mampu ke nak memberi penghayatan tingkat tinggi yang jitu gaya aku nie ?? hahaha... namun, di sebalik tulang belakang yang terseksa akibat postur pembacaan yang kurang stabil tue, pembacaan kali nie menyedarkan aku tentang suatu perkara...

“dilema dalam hati itu, setiap masa dihadirkan untuk kita sebagai sebuah standard kayu pengukur keterbuktian betapa mendalamnya perasaan hati berbelah bahagi di antara masa lalu dan masa depan...”

kalian, hakikat masa silam bukanlah untuk dibuang jauh hilang, malah jauh sekali untuk dilupakan mahu pun terlupakan... masa silam adalah pencorak masa mendatang, justeru pantas sekali ia di simpan rapi di suatu sudut kotak hati... sesekali sahaja ia perlu dimainkan demi memulihara nilai sentimentalnya...

namun begitu, yang pantas untuk dipertahankan adalah masa mendatang sebenarnya... menghargai seadanya masa mendatang adalah lebih baik kerna itu yang semestinya telah berada di depan kita sebagai melodi utama sang kotak hati... jadi, mengapa harus menoleh belakang, biarpun sekadar mengintai sipi-sipi tirai kamar yang ditutupi kelambu halus !!

jom merenung, menenung dan ditenung bersama-sama...

-----------------------------------------------------------------

“sepucuk surat yang manis, warnanya pun merah hati..
bagai bingkisan pertama, tak sabar ku buka..
satu dua dan tiga, ku mulai membaca...

surat cintaku yang pertama membikin hatiku berlomba..
seperti melodi yang indah kata-kata cintanya padaku...”

- Vina Panduwinata / Oddie Agam -

-----------------------------------------------------------------

Aidy Shahiezad:- semakin jealous dengan orang lain punya yang BESAR-BESAR amat !! ahahaha...

regards,

Monday, October 18, 2010

Tiga Kali Tekan, Berakhir Jadi Tekanan..


Satu Kali Tekan:-

kemusykilan aku tentang bil telefon yang memanjang je mencecah RM250 akhirnya terjawab... hampeh betul makhluk yang tetiba charged aku RM8 per transaction untuk benda yang aku tak subscribe pun... kalau satu takpe la gak, nie sampai 10 transaction... melayang RM80 sebulan... haih... bagi duit free je aku kat telco selama nie... padan la payah betul itemised bill aku nak keluar, asyik keluar standard bill je... rupanya, ada muslihat licik rupanya kau kat situ...

Dua Kali Tekan:-

petang tadi, macam ada suara-suara ghaib yang cuba meracun aku... ahaha... mulanya, aku macam agak kebal gak la... tapi, last-last suara-suara ghaib tue berjaya gak meresap ke benak sanubari aku yang telap mudah nie... hurm.. tapi betul gak... apesal aku yang ended up buat semua kerja kat opis ?? mana orang lain ?? hilang dengan rekod atau hilang secara silap mata alasan semata ??? haih... yerp, aku yang nampaknya struggle dengan timbunan kerja melampau.. senarai prioritas kerja aku lebih panjang dari senarai barang aku nak shopping setiap bulan... makanya, jangan complaint banyak okey !! uhuks...

Tiga Kali Tekan:-

kalau la aku boleh charge OT, confirm aku dah kaya raya dah sekarang nie... hahaha... tapi, masalahnya polisi berhabuk sejak dari zaman berzaman dah terang-terang tulis, “no OT for gaji kategori sederhana dan tinggi”... haih... apa punya polisi la nie ?? masalah besar pengubal polisi nie dulu, depa tak sedar yang banyak kena buat keja adalah mid-level punya working staf dan bukannya staff picisan yang sibuk dok menghitung angka 5.30 petang setiap hari dan akhir bulannya, sibuk plak nak bising-bising pasal claim kosong !! betul-betul hisap darah nie... ehh silap, hisap peluh sebenarnya sebab air-cond dipaksa tutup lepas office hour... kehkehkeh....

Aidy Shahiezad:- jari telunjuk kanan aku problem sket.. start semalam dah lain macam, sekarang nie dah tak boleh nak bengkok pun... tapi, sempat lagi la aku nak buat mind-dancing lagu Shakira – Loca tue... huhuhu...

regards,

Wednesday, October 13, 2010

Drama Sebabak Kumbang Menyumbang..


memetik sebuah karya Sigma,

“oh bunga mawar kau idaman hati yang ku puja-puja selalu..
ingin hatiku untuk memetik dikau tapi apa daya ku tak sampai...”

-------------------------------------------------------

usul Kumbang Durjana dengan confidentnya, “adik Bunga, jom kita main-main sket malam nie...

abang Kumbang nak main-main ape malam nie ??”, soal Bunga Suci dengan muka yang merona merah suspicious.

Kumbang Durjana melirik senyuman manja mengoda.

kita main-main mesra saje... ringan-ringan sket je adik Bunga, tak luak pun...

Bunga Suci menggeleng tanda tak setuju.

ala... boleh la ye adik Bunga ?? seround ??”, usul Kumbang Durjana dengan muka selamba seposen.

Bunga Suci menggeleng lagi tanda protes.

please adik Bunga...”, rayu Kumbang Durjana lagi.

Bunga Suci menghela nafas panjang sambil mengumpul kekuatan urat-urat mulut untuk bersuara, “abang Kumbang, bukan adik Bunga tak mau main sama...

abes tue ??”, desak Kumbang Durjana lagi.

biar sayang sungguh adik Bunga sama abang Kumbang pun, tapi sayang lagi adik Bunga pada pegangan agama kita... jika boleh di elak, maka elok kita elakkan...”, tenang Bunga Suci menyatakan pendiriannya.

erkk !!!”, Kumbang Durjana terkedu seribu.

abang Kumbang tak kesah kan ??

tapi sampai bila adik Bunga ??”, protes Kumbang Durjana dengan riak yang separuh marah, separuh kecewa.

"sampai abang Kumbang cukup duit nak menyunting adik Bunga la...", halus sindiran Bunga Suci saat itu.

"errrrr...."

-------------------------------------------------------

Aidy Shahiezad:- ape yang aku try nak sampaikan ek ?? errr... aku blur... nie la akibatnya bila brain system aku malfunctioned... sekian... uhuks... nanti aku blogwalking korang bila system aku dah pulih sediakala ye... :)

regards,

Sunday, October 10, 2010

Jika Kamu...


jika kamu yang teristimewa di hati,
titipan sms pasti akan singgah menghiasi skrin telefon kamu seawal subuh kelam..
sebuah ungkapan bersemangat pasti mengorak ukir senyuman kamu..

jika kamu yang menawan di hati,
titipan kuntum-kuntum bunga ros merah pasti menyegarkan pagi hari kamu..
sebuah kad bertulisan seni pasti melengkapkan hari ceria kamu nanti...

jika kamu yang terpilih di hati,
titipan bingkisan kotak kecil pasti menghindar seketika kepenatan hari kamu..
sebuah lambang tulisan klasik warna emas pasti menterjemahkan rasa prihatin aku pada kamu...

jika kamu yang terulung di hati,
titipan sms pasti berterusan menemani malam-malam kamu...
sebuah ucap selamat bersulam bibit-bibit impian masa depan pasti membuai tidur kamu...

dan jika hari menginjak hari pun,
aku harap kamu masih tetap di hati...

-------------------------------------------------------

Aidy Shahiezad:- sangat jatuh chenta dengan suara Adam Levine time nyanyi lagu "If I Ain't Got You"... "some just want everything, but everything means nothing, if I ain't got you, you, you..." yeah !!

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs